ANDAI LELAKI TAHU!!!
dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk disayangi
ada rasa untuk diberi perhatian
ada rasa untuk didengari keluh resahnya
dan waktu-waktu untuk ditemani kesedihannya
ANDAI LELAKI TAHU!!!
rajuk seorang perempuan minta dipujuk
marah seorang perempuan perlu didekati
sedih seorang perempuan perlu didengari
gembira seorang perempuan ingin dikongsi
ANDAI LELAKI TAHU!!!
disebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut
bukan untuk dimanjai
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh
hanya perlu sedikit perhatian
agar rasa kasih itu wujud walaupun jauh
KERANA!
ANDAI LELAKI TAHU!!!
hati ini akan sentiasa bertanya pada diri seorang perempuan
wujudkah cinta itu dihati lelaki
bila saat jauh tanpa perkhabaran
sayangilah seseorang itu ataz dasar siapa dirinya sekarang
bukan ataz dasar siapa diri nya sebelum ini
cintai lah seseorang itu kerana hatinya
bukan semata-mata paras rupanya
No comments:
Post a Comment